Wednesday, 16 November 2011

resepi kek kukus (KEK LUMUT)


Ni adalah kek raya tahun ni aku buat sendiri.. resepi banyak di internet.. kek ni pun member yang suggest pun.. mudah tapi rasanya sedap.. salah satu kek tradisional sarawak selain dari kek hati parek(hati pari). saja nak share dengan member yang suka memasak.. jom kita try resepi ni k. aku copy paste je resepi ni.. tapi aku banyak pakai horlick la.. sedap sikit.

Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")

  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A (saya guna 6 biji untuk hasil lebih lembut)
  • pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya (saya guna 6 sudu kaya)
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4. Masukkan susu dan serikaya. Pukul lagi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
6.Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan

7.Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8.Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
  1. ***jika suka, blend gula halus seperti gula ising supaya cepat hancur & gebu semasa diputar dgn mentega
ni hasil sebab kertas foil x tutup ketat.

siap untuk dihidang.

erm.. cuba la kawan.. sedap kek ni.. senang ja cara mengukusnya.. hehe

3 comments:

  1. Celaka lu black... pandai bikin kuih ka? Aku mau order! mau order! mau order

    ReplyDelete
  2. hahaha.. mau oder apa tu.. kek ka.. ala.. buat sendiri lagi jimat la.. hehehe

    ReplyDelete
  3. lelaki macho memang pandai masak..cayala bro..

    ReplyDelete